fb fb fb fb fb

Hukuman mati terhadap Hasina : Rakyat Bangladesh disaran kekal tenang, elak provokasi

Hasina didapati bersalah atas tiga pertuduhan / Foto REUTERS

DHAKA, 18 November - Kerajaan sementara Bangladesh mengharapkan rakyat kekal tenang dan sedia menangani sebarang insiden luar jangka, susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan bekas Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan Kamal, atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

Menyifatkan keputusan itu sebagai 'keputusan bersejarah', kerajaan tetap mengeluarkan amaran tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu ketenteraman awam.

Terdahulu, Hasina didapati bersalah atas tiga pertuduhan selepas Hakim Mahkamah Bangladesh, Golam Mortuza Mozumder membacakan keputusan penghakiman.

Sementara itu, Kementerian Luar Bangladesh menuntut India segera mengekstradisi Hasina dan bekas Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan ke Dhaka. -REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN