fb fb fb fb fb

Hujan lebat luar biasa landa Hubei, 18,000 penduduk dipindahkan

Bangunan tenggelam di sebuah kampung yang dilanda banjir di Kaili, di wilayah Guizhou di barat daya China/ Foto fail/ AFP

HUBEI, 2 Julai- Hujan lebat luar biasa yang melanda wilayah tengah Hubei telah mencetuskan banjir besar di bandar Xianfeng, mendorong pihak berkuasa memindahkan 18,000 penduduk ke kawasan selamat, menutup sekolah dan menggantung perkhidmatan bas awam.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan melalui aplikasi WeChat, bandar Xianfeng yang mempunyai populasi kira-kira 300,000 orang menerima lebih 350 milimiter (mm) hujan dalam tempoh 12 jam iaitu jumlah hujan yang melebihi taburan purata sebulan.

Rakaman video yang dikongsi menunjukkan arus deras berlumpur menghanyutkan kenderaan di jalan-jalan utama bandar, manakala kawasan perumahan dan komersial turut terjejas teruk akibat banjir kilat.

Media kerajaan melaporkan bekalan air dan elektrik terjejas, penutupan sekolah dan penggantungan perkhidmatan bas, selain lebih 18,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Sementara itu, China Central Television melaporkan (CCTV) tiga orang maut dan lima orang lagi hilang dalam insiden insiden banjir di wilayah Henan pada Isnin lalu, selepas bandar itu menerima lebih 220 mm (9 inci)hujan dalam tempoh tiga jam.- REUTERS

ROSLINA BINTI DIN