BEIJING, 2 Julai - Thailand diharap kekal stabil selepas penggantungan tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra.
Harapan itu disuarakan oleh China menerusi Jurucakap Kementerian Luarnya, Mao Ning.
"Ini adalah urusan dalaman Thailand dan saya tidak akan memberi komen mengenainya, tetapi sebagai jiran yang bersahabat, kami berharap Thailand akan mengekalkan kestabilan dan pembangunan," katanya dalam satu sidang media.
Semalam, Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan untuk menggantung tugas Paetongtarn, sementara menunggu kes yang memohon pemecatan beliau.
Sebelum ini, pihak mahkamah menerima petisyen daripada 36 senator yang menuduh Paetongtarn tidak jujur dan melanggar standard etika yang ditetapkan dalam perlembagaan, berikutan perbualan telefon yang sensitif dari segi politik antara beliau dengan bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen. - AFP