fb fb fb fb fb

Hujan lebat luar biasa: 64 terbunuh, 65 hilang di Mexico

Foto REUTERS

MEXICO CITY, 14 Oktober - Hujan lebat luar biasa yang mencetuskan tanah runtuh dan banjir yang membadai beberapa negeri di Mexico minggu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 64 orang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan pada Isnin, 65 lagi penduduk dilaporkan hilang.

Presiden Claudia Sheinbaum berkata hujan lebat yang membawa kemusnahan besar itu sesuatu yang tidak dijangka dengan sekitar 100,000 buah rumah dilaporkan terjejas.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan bagi membincangkan usaha pemulihan semula dan turut merancang lawatan ke beberapa negeri yang paling teruk terjejas.

Pasukan penyelamat kini giat menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas terutama di negeri Hidalgo dan Veracruz yang paling terkesan.

Hujan lebat selama beberapa hari itu telah menyebabkan menyebabkan pelbagai infrastruktur musnah termasuk jalan dan jambatan yang dihanyutkan arus. -  REUTERS

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN