PYONGYANG, 21 Jun- Media rasmi Korea Utara melaporkan hujan lebat melanda ibu negara Pyongyang serta beberapa wilayah utara dan tengah negara itu, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca di banyak kawasan terlibat.
Menurut laporan KCNA, amaran hujan lebat telah berkuat kuasa dari tengah malam Khamis hingga Jumaat, meliputi kawasan tengah selatan termasuk Pyongyang dan Wilayah South Pyongan, serta sebahagian North Pyongan, Jagang dan South Hamgyong.
Pyongyang dilaporkan merekodkan 140 milimeter hujan antara pukul 5 petang Khamis hingga 8 malam Jumaat.
Rakaman video yang disiarkan oleh media kerajaan menunjukkan jalan-jalan basah dan orang awam menggunakan payung di sekitar ibu kota, namun laporan berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas oleh Reuters.
Setakat ini, tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan akibat hujan tersebut. Pihak berkuasa cuaca tempatan masih mengekalkan pemantauan rapi terhadap keadaan cuaca semasa.-REUTERS