fb fb fb fb fb

Hujan lebat di selatan China menyebabkan lima maut, 15 hilang

Sebuah jambatan di bandar Meizhou dekat Guangdong, China runtuh ketika hujan lebat pada petang Ahad lepas/ Reuters

BEIJING, 18 Jun- Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 15 lagi hilang selepas dilanda hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh di selatan China.

Hujan lebat telah melanda sebahagian wilayah Guangdong yang padat berpenduduk sejak Ahad lepas, berikutan cuaca ekstrem selama berminggu-minggu di seluruh China.

"Lima orang maut, dengan 15 orang hilang dalam bencana alam dekat bandar Meizhou semalam," lapor stesen televisyen rasmi kerajaan, CCTV, memetik pihak berkuasa wilayah.

Ia menambah bahawa 13 orang lagi "terperangkap" tetapi tidak memberikan butiran lanjut tentang keadaan mereka.

Lapor CCTV, pihak berkuasa menghantar lebih 10,000 kakitangan kecemasan ke kawasan terjejas untuk misi mencari dan menyelamat penduduk terjejas. -AFP

SITI AISHAH MD ISA