FOTO AFP
RIYADH, 26 Januari - Arab Saudi dan Thailand kembali menjalin hubungan diplomatik setelah putus lebih tiga dekad lalu akibat kes kecurian batu permata bernilai 20 Juta Dolar AS dari Istana Saudi yang dikaitkan dengan warganegara Gajah Putih tersebut.
Tukang cuci kelahiran Thailand, Kriangkrai Techamong mencuri batu permata itu pada tahun 1989, menyebabkan berlakunya ketegangan antara kedua-dua negara.
Jalinan semula kerjasama antara Riyadh dan Bangkok itu dimeterai setelah Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha mengadakan pertemuan bersama Putera Mohammed Bin Salman.
Syarikat penerbangan Saudi dalam pada itu turut mengumumkan penerbangan terus ke Thailand akan bermula pada bulan Mei ini -AFP