fb fb fb fb fb

Hubungan BRICS kian kukuh, perdagangan terus meningkat - Putin

Foto AFP

ST. PETERSBURG, 21 Jun - Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Jumaat bahawa hubungan antara negara anggota BRICS semakin kukuh dan perdagangan bersama terus berkembang, dengan jumlah dagangan antara negara-negara terlibat kini melebihi US$1 trilion.

“Perhatian khusus diberikan kepada usaha memperkukuh hubungan dalam BRICS. Jumlah dagangan bersama antara negara kita telah pun melebihi US$1 trilion dan terus meningkat. Semua ini merupakan elemen penting dalam platform pertumbuhan global.

“Dan semuanya berasaskan prinsip utama BRICS - iaitu konsensus, kesamaan dan pertimbangan terhadap kepentingan antara satu sama lain,” kata Putin semasa sesi pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) 2025, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Putin berkata negara-negara BRICS kini melaksanakan pelbagai inisiatif berskala besar, termasuk dalam bidang tenaga nuklear dan robotik, sambil menambah bahawa sumbangan ekonomi BRICS kepada ekonomi global telah meningkat dua kali ganda sejak awal abad ini dan dijangka terus berkembang. - BERNAMA

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN