fb fb fb fb fb

Houthi tingkat serangan kapal di Laut Merah

Foto fail/REUTERS

YAMAN, 18 Disember- Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman bertindak meningkatkan serangan terhadap kapal di Laut Merah sebagai menunjukkan sokongan kepada kumpulan pejuang Islam Palestin, Hamas di Gaza.

Serangan itu, menyasarkan laluan perdagangan Timur-Barat, terutamanya minyak, menggunakan Terusan Suez yang menjimatkan masa dan kos mengelilingi Afrika. Situasi tersebut telah mendorong beberapa syarikat perkapalan untuk mengubah laluan bagi mengelakkan kawasan itu.

Antaranya, syarikat perkapalan Perancis CMA CGM memaklumkan, syarikat tersebut menghentikan semua penghantaran kontena melalui Laut Merah selepas serangan ke atas salah satu kapal kontenanya, MSC Palatium III, pada 15 Disember lalu.

Sementara itu, syarikat perkapalan kontena Jerman Hapag Lloyd berkata syarikat itu sedang meneliti sama ada akan menghentikan pelayaran melalui Laut Merah, beberapa jam selepas melaporkan salah satu kapalnya telah diserang.

Serangan yang dipercayai mengenai kapal Al Jasrah ketika belayar dekat dengan pantai Yaman. Bagaimanapun, tiada anak kapal yang cedera.

Keputusan sama turut dibuat oleh A.P. Moller-Maersk Denmark. Syarikat itu memaklumkan bertindak akan menghentikan sementara semua penghantaran kontena melalui Laut Merah sehingga diberitahu kelak, berikutan insiden yang melibatkan kapal Maersk Gibraltar pada 14 Disember lalu.

Kapal itu menjadi sasaran peluru berpandu ketika dalam perjalanan dari Salalah, Oman ke Jeddah, Arab Saudi, kata syarikat itu.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN