fb fb fb fb fb

Hospital psikiatri di AS gempar dengan kejadian tembakan

Anggota tentera memasuki kawasan kejadian/Reuters

NEW HAMPSHIRE, 18 November- Sebuah hospital psikiatri di Concord, sini, Amerika Syarikat gempar dengan kejadian tembakan yang membunuh seorang mangsa.

Jurucakap polisnya, Kolonel Mark Hall berkata, suspek juga mati ditembak polis dan kejadian hanya berlaku di kawasan lobi hospital sahaja.

Identiti penyerang masih dalam siasatan pihaknya.

"Suspek memasuki Hospital New Hampshire di Concord dan menembak seorang di lobi," katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu, pihaknya mengesahkan semua pesakit selamat, namun bilangan mangsa tidak didedahkan dalam kejadian tembakan yang meletus kira-kira pukul 3.40 petang semalam.

"Anggota tentera kini sedang menyiasat kejadian tembakan di Hospital New Hampshire. Terdapat ramai mangsa," menurut Polis New Hampshire di X.

Hall turut mengingatkan orang ramai supaya menjauhi lokasi kejadian agar tidak menganggu siasatan.

"Tiada ancaman kepada orang ramai dan tiada ancaman kepada pesakit atau kakitangan di hospital,

"Sebuah kenderaan mencurigakan telah dikesan di kawasan kejadian. (Tetapi) suspek dalam situasi ini sudah meninggal dunia.

"Kami minta orang ramai mengelak kawasan itu sepanjang siasatan dijalankan," katanya lagi. -Reuters/AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA