fb fb fb fb fb

Hong Kong dilanda Taufan Ragasa paling dahsyat tahun ini

Hong Kong Observatory mengeluarkan amaran taufan tertinggi T10 pada Rabu/Foto AFP

HONG KONG, 26 September - Hong Kong dilanda ribut paling dahsyat dalam tahun ini apabila Taufan Ragasa melanda bandar itu, menyebabkan pokok tumbang, bangunan rosak dan perkhidmatan pengangkutan awam terhenti.

Jalan dipenuhi pokok tumbang dan serpihan, manakala pihak Jabatan Lebuhraya melaporkan lebih 1,050 kes pokok tumbang ditangani di seluruh bandar.

Seorang penduduk tempatan berkata ribut kali ini jauh lebih buruk dengan beberapa pokok dan jubin lantai rumahnya diterbangkan angin kencang.

Hong Kong Observatory mengeluarkan amaran taufan tertinggi T10 pada Rabu sebelum menurunkannya ke tahap T8 apabila keadaan reda.

Taufan turut menjejaskan bandar utama lain di selatan China termasuk Guangzhou, Macau dan Shenzhen dengan hujan lebat serta angin kencang.

Sebelum melanda tanah besar China, taufan berkenaan mengakibatkan kerosakan besar di Taiwan dengan 14 maut apabila tasik empangan Matai’an melimpah, selain meragut 11 nyawa di Filipina. - VIORY

GRACE AISYAH KEDAYAN