fb fb fb fb fb

Hezbollah sifatkan kematian Tabatabai sebagai kehilangan besar

Foto FTP

BEIRUT, 24 November – Hezbollah mengadakan pengebumian bagi Haytham Ali Tabatabai, pemimpin tentera tertinggi kumpulan itu dan beberapa anggota lain, sehari selepas mereka terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut.

Tabatabai adalah komander paling kanan Hezbollah yang terbunuh sejak gencatan senjata November 2024.

Beliau mengambil alih jawatan pemimpin tentera selepas perang terbaharu dengan Israel.

Ratusan penyokong menghadiri upacara di kawasan padat selatan Beirut, mengusung keranda berlapik bendera kuning Hezbollah sambil melaungkan slogan anti Israel dan anti Amerika.

Mereka turut memegang potret pemimpin Hezbollah dan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari terhadap Lubnan bagi menghalang Hezbollah membina semula kekuatan, manakala Amerika Syarikat menekan kerajaan Beirut untuk melucutkan senjata kumpulan itu.

Hezbollah menyifatkan kematian Tabatabai sebagai kehilangan besar.-AFP

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN