fb fb fb fb fb

Gunung Kilauea meletus kali ke-37 sejak Disember 2024

Foto REUTERS

HAWAII, 24 November – Gunung berapi Kilauea di Pulau Besar Hawaii sekali lagi meletus awal pagi Ahad, menandakan letusan ke-37 sejak Disember 2024, menurut laporan pihak berkuasa gunung berapi Amerika Syarikat (AS).

Aliran lava panas dan tiupan asap tebal dapat dilihat dari mulut letusan, apabila magma membuak dari cerobong dan mengalir ke lereng bukit.

Pusat Gunung Berapi Hawaii (HVO) di bawah Survei Geologi AS (USGS) mengeluarkan amaran warna oren kepada penerbangan, menandakan risiko terhad kepada pesawat.

Menurut USGS, letusan terkini bermula pada 23 Disember 2024 dan masih berlanjutan.

HVO menyatakan corak letusan sejak Disember lalu berdasarkan letusan singkat, diikuti tempoh rehat selama beberapa hari sebelum magma kembali meletus.

Pada masa ini, tiada ancaman langsung dikeluarkan kepada penduduk, tetapi agensi pemantauan gunung berapi terus menilai situasi dan akan mengeluarkan notis tambahan jika berlaku perubahan ketara pada aktiviti gunung berapi. -VIORY

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN