fb fb fb fb fb

EU optimis capai perjanjian perdagangan bebas dengan Filipina, Thailand dan Malaysia

Foto REUTERS

BRUSSELS, 25 November - Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Maros Sefcovic, menyuarakan bahawa EU berpotensi memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas dengan Filipina, Thailand dan Malaysia menjelang 2027.

“Kami jelas berusaha mempelbagaikan sebanyak mungkin, membuka akses pasaran baharu untuk usahawan dan perniagaan kami di mana-mana sahaja,” katanya pada sidang media di Brussels bersama Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen.

Tambah beliau, rundingan itu merangkumi bab penting mengenai pengurusan bahan mentah kritikal dan keselamatan ekonomi sambil menekankan usaha EU untuk mempelbagaikan rakan dagangannya serta membuka akses pasaran baharu untuk perniagaan Eropah.

Menjawab soalan mengenai peraturan digital EU, Sefcovic menegaskan, peraturan tersebut tidak bersifat diskriminasi atau menyasarkan syarikat di Amerika Syarikat.

Jelasnya, Suruhanjaya EU akan terus mengadakan dialog dengan Amerika untuk menjelaskan pendekatannya.- REUTERS

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN