fb fb fb fb fb

Helikopter terhempas di Uttarakhan

FOTO HIASAN

UTTARAKHAND, 15 Jun- Sebuah helikopter yang membawa enam individu dilaporkan terhempas pada Ahad di kawasan Gaurikund, negeri Uttarakhand di utara India, menurut agensi berita ANI.

Pesawat itu sebelum ini dilaporkan hilang sebelum pasukan penyelamat berjaya mengesahkan lokasi nahas.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami menerusi hantaran di platform X memaklumkan Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF), pihak pentadbiran tempatan serta agensi penyelamat lain sedang giat menjalankan operasi menyelamat.

Menurut laporan penyiar India Today yang memetik pegawai rasmi, helikopter terbabit dipercayai tersasar dari laluan asal akibat cuaca buruk.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE