JERUSALEM, 12 September- Dua tentera zionis Israel mati dan lapan lagi cedera apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di selatan Gaza.
Helikopter terbabit turut dilapor mengalami kerosakan teruk dan punca kemalangan yang berlaku pada malam Selasa itu tidak dinyatakan.
Dalam perkembangan lain, seorang tentera Israel turut mati akibat dirempuh sebuah trak di Tebing Barat, semalam. Dia dikenal pasti sebagai Sarjan Geri Gideon Hanghal berusia 24 tahun.
Kejadian terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas seorang pemandu trak menembak mati tiga pengawal Israel di lintasan Tebing Barat dengan Jordan.
Tebing Barat menempatkan sekitar tiga juta warga Palestin dan 490,000 warga Israel yang tinggal di penempatan haram di bawah undang-undang antarabangsa. -AFP