fb fb fb fb fb

Hasrat Perancis iktiraf negara Palestin, terima reaksi pelbagai

Naib Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Hussein Al Sheikh, merakamkan penghargaan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron, selepas pemimpin itu mengumumkan niat negaranya untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi September ini/Foto fail

RAMALLAH, 25 Julai – Naib Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Hussein Al Sheikh, merakamkan penghargaan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron, selepas pemimpin itu mengumumkan niat negaranya untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan September ini.

Dalam satu hantaran di media sosial, Al Sheikh menyifatkan pendirian Macron sebagai cerminan komitmen Perancis terhadap undang-undang antarabangsa dan sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri.

"Perancis bakal menjadi kuasa Barat utama pertama yang mengiktiraf negara Palestin, satu langkah bersejarah," katanya.

Perkembangan itu dijangka memberi lonjakan kepada usaha yang selama ini digerakkan oleh negara-negara kecil yang lebih kritikal terhadap Israel.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut mencetuskan kemarahan daripada pihak Israel dan dijangka turut menerima reaksi keras daripada Amerika Syarikat. - REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI