fb fb fb fb fb

Hasina didakwa arah pembunuhan pegawai tentera dalam pemberontakan 2009

Sheikh Hasina/REUTERS

Dhaka, 1 Disember -Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan bagi menyiasat pemberontakan ganas yang mengakibatkan puluhan pegawai kanan tentera dibunuh, 16 tahun lalu mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina telah mengarahkan pembunuhan tersebut.

Menurut laporan suruhanjaya yang dibentangkan pada Ahad, kerajaan Awami League bawah pimpinan Hasina ketika itu didapati terlibat secara langsung dalam pemberontakan tersebut.

Bekas ahli parlimen Fazle Noor Taposh bertindak sebagai “penyelaras utama” dan melaksanakan arahan Hasina, yang menurut laporan itu memberikan “lampu hijau” untuk melaksanakan pembunuhan beramai-ramai tersebut, menurut
ketua suruhanjaya, A.L.M. Fazlur Rahman.

Dalam insiden pada 2009, anggota Bangladesh Rifles (BDR) yang memberontak membunuh 74 individu, termasuk pegawai tentera.

Selepas Hasina digulingkan tahun lalu susulan kebangkitan mahasiswa, kerajaan sementara yang diketuai Muhammad Yunus menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat tragedi tersebut.

Yunus menyambut baik laporan suruhanjaya itu, dengan berkata negara selama ini tidak mengetahui punca sebenar pembunuhan beramai-ramai pada 2009.

"Melalui laporan suruhanjaya ini, akhirnya kebenaran tersingkap,"katanya. - AFP

TETITIA YUSOFF