fb fb fb fb fb

Pengendali haiwan di taman tema Australia diserang harimau

FOTO HIASAN

SYDNEY, 2 September- Seorang pengendali haiwan mengalami kecederaan akibat diserang harimau di taman tema Dreamworld, Australia hari ini.

Perkhidmatan Ambulans Queensland menyatakan wanita berusia 30-an itu mengalami kecederaan luka dalam pada lengan tetapi keadaan mangsa stabil.

"Dreamworld mengakui kejadian yang melibatkan salah seekor harimau dan seorang pengendali harimau terlatih.

"Kejadian ini adalah terpencil dan jarang berlaku, dan kami akan menjalankan semakan menyeluruh.

"Bagaimanapun perhatian utama dan segera Dreamworld adalah kepada sokongan serta bantuan untuk mangsa," menurut taman tema itu dalam satu kenyataan.

"Tiger Island" menempatkan sembilan harimau Sumatera dan Bengal di taman tema tersebut dengan promosi utama adalah acara menyaksikan harimau diberi makan. -AFP

SITI AISHAH MD ISA