fb fb fb fb fb

Harimau Muda berdepan Thailand malam ini

(Harimau Muda)

KUALA LUMPUR, 12 September- Skuad negara, Harimau Muda berdepan Thailand pada kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium Chonburi, Thailand, malam ini.

Pertahanan skuad muda negara, V. Ruventhiran bersedia menghadapi tugas getir dalam aksi terakhir Kumpulan H.

Menurut pemain Selangor FC itu, kualiti dimiliki skuad 'Gajah Perang' jauh berbeza berbanding Bangladesh dan Filipina.

"Kami cemerlang dalam dua aksi sebelum ini (berdepan Bangladesh dan Filipina) tetapi itu ibarat perlawanan persediaan untuk berdepan Thailand.

"Jadi bagi kami, ini perlawanan yang amat penting dan kami mahu menang. Kami berlatih buat kali terakhir hari ini, jadi terserah kepada jurulatih untuk mengatur strategi," katanya.

Sementara itu, pemain penyerang, Alif Ikmalrizal Anuar tekad mencipta impak sekiranya diturunkan berdepan Thailand.

"Sebagai penyerang, tekanan itu perkara biasa, saya harap pada malam ini, saya boleh bantu pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya," katanya.

(Harimau Muda)

Media Baharu