fb fb fb fb fb

Empat orang maut dirempuh kereta api di Sepanyol

(Foto Fail)

MADRID, 11 September- Seramai empat orang maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh kereta api ketika cuba melintasi landasan pengangkutan itu.

Menurut agensi perlindungan awam serantau, ia berlaku di Montmelo, Sepanyol kira-kira 20 kilometer (12 batu) di utara Bercelona.

"Pegawai di Catalonia menyalahkan kekurangan dana kerajaan pusat atas insiden yang berlaku.

"Pasukan penyelamat yang mengosongkan kawasan berkenaan tidak menemukan mangsa lain di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Media Sepanyol melaporkan kejadian berlaku selepas kesemua mangsa meninggalkan festival muzik tekno yang berlangsung di trek perlumbaan Montmelo.

Sementara itu, pengendali infrastruktur kereta api negeri Sepanyol Adif dan pengendali kereta api milik kerajaan Renfe berkata kesemua mangsa melintas di tempat yang tidak dibenarkan.

Perkhidmatan kecemasan menghantar sembilan ambulans dan sebuah helikopter ke tempat kejadian.

Kira-kira 170 orang yang berada di dalam kereta api tidak memerlukan rawatan perubatan.

Perkhidmatan kereta api di sebahagian laluan tersebut digantung berikutan kemalangan maut itu. - AFP


(Foto Fail)

Media Baharu