fb fb fb fb fb

Gempa bumi Maghribi, angka kematian cecah 3,000 orang

(FOTO REUTERS)

TINMEL, 12 September - Jumlah kematian susulan gemba bumi terbesar di Maghribi meningkat kepada hampir 3,000 orang setakat Isnin.

Pasukan pencari dari Sepanyol, Britain dan Qatar menyertai usaha Maghribi untuk mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi yang melanda Pergunungan Tinggi Atlas lewat Jumaat lalu.

(FOTO REUTERS)

Kebanyakan zon gempa berada di kawasan yang sukar dimasuki dan pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang anggaran untuk jumlah mangsa yang masih hilang.

Tentera berkata, mereka sedang memperkasakan pasukan mencari dan menyelamat, menyediakan air minuman dan mengagihkan makanan, khemah serta selimut.

Sukarelawan dan orang awam Maghribi, dibantu oleh beberapa warga asing melalui bantuan mengarahkan lalu lintas dan membersihkan jalan daripada serpihan batu.

Maghribi telah menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol dan Britain, yang kedua-duanya menghantar pakar mencari dan menyelamat dengan anjing pengesan serta dari Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.

Algeria telah memperuntukkan tiga pesawat untuk mengangkut anggota penyelamat dan bantuan.-REUTERS

Media Baharu