TEHRAN, 11 Jun - Harga minyak global kembali melonjak selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menggesa penduduk Tehran supaya berpindah.
Ia telah mencetuskan kebimbangan baharu terhadap kemungkinan berlakunya perang besar-besaran ketika Israel dan Iran giat membalas serangan antara satu sama lain.
Harga minyak jatuh lebih 1% semalam selepas lonjakan pada Jumaat susulan serangan mengejut oleh Israel di Iran.
Ini selepas pedagang menjangkakan konflik tidak berlarutan, namun ia meleset selepas kenyataan Trump seakan memberi gambaran bahawa perang tidak dapat dielakkan dan bakal mengambil masa yang lebih lama lagi. - AFP