fb fb fb fb fb

Hanya 12 trak menghantar makanan, air di Gaza sejak Oktober

Khemah-khemah perlindungan untuk rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal/ AFP

AMERIKA SYARIKAT, 23 Disember- Hanya 12 trak makanan dan air dapat diagihkan di Gaza dalam tempoh 30 bulan, kata kumpulan bantuan Oxfam pada Ahad.

Ia menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan yang semakin teruk di Palestin.

"Kelewatan itu disengajakan oleh tentera Israel selain terus meningkatkan halangan. Daripada 34 trak makanan yang dibenarkan untuk memasuki Gaza hanya 12 yang berjaya mengagihkan bantuan kepada penduduk Palestin yang kelaparan," kata Oxfam dalam satu kenyataan.

"Tiga daripada tak berkenaan dihantar ke sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan penduduk. Sebaik sahaja trak berkenaan tiba, ia terus diberikan kepada penduduk berkenaan dan habis hanya dalam beberapa jam," tambah Oxfam.

Israel mengawal ketat di pintu masuk ke wilayah Palestin, sekali gus menyukarkan penghantaran makanan ke negara itu yang kekurangan makanan dan air.

Sekatan yang dikenakan Israel terhadap penghantaran bantuan makanan dan air, akan menyebabkan lebih banyak kematian berikutan konflik kelaparan yang semakin meruncing.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI