WASHINGTON, 23 Disember- Pertanyaan berkenaan jutawan teknologi dan individu terkaya di dunia Elon Musk, memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam pentadbiran akan datang dinafikan Presiden terpilih AS Donald Trump.
"Dia tidak akan menjadi presiden, itu yang saya boleh katakan," kata Trump pada persidangan Republikan di Phoenix, Arizona.
"Anda tahu mengapa dia (Musk) tidak boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat? ...kerana dia tidak dilahirkan di negara ini," kata Trump mengenai Elon Musk yang dilahirkan di Afrika Selatan.
Menerusi perlembagaan AS, seorang presiden dikehendaki mempunyai warganegara Amerika Syarikat serta dilahirkan di AS.
Trump berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan Elon Musk digelar sebagai "Presiden Musk" kerana peranan besar yang dimainkannya dalam pentadbiran.
Namun Trump berpendirian teguh dan memberi jaminan bahawa "perkara itu tidak berlaku."
Ketika ini Trump menjadi tumpuan serangan Demokrat berikutan Musk dilihat cuba mendominasi dan menunjukkan kuasa.
Selain itu ia didorong berikutan kemarahan semakin meningkat dalam kalangan parti Republikan selepas Musk menolak cadangan pembiayaan kerajaan minggu ini.
Biarpun perkara itu tidak tepat namun Musk telah membuat hantaran menerusi X kepada lebih 200 juta pengikutnya.
Bersama Trump, Musk membantu menekan parti Republikan untuk menolak rang undang-undang pembiayaan yang telah dipersetujui dengan parti Demokrat sebelum menggantung operasi kerajaan untuk sambutan Hari Natal.
Kongres mencapai persetujuan pada Jumaat hingga Sabtu, untuk mengelak daripada menggantung operasi perkhidmatan kerajaan secara besar-besaran.- AFP