fb fb fb fb fb

Hangar dalam pembinaan lapangan terbang Boise AS runtuh, tiga maut

Hangar yang dalam pembinaan runtuh di Lapangan Terbang Boise, Idaho Amerika Syarikat/FOTO Twitter

IDAHO, 1 Februari - Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala sembilan lagi cedera akibat hangar yang dalam pembinaan runtuh di Lapangan Terbang Boise, Idaho Amerika Syarikat.

Menurut pihak bomba, lima mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian berlaku, dilaporkan kesemua mangsa berada di lokasi pembinaan.

Bagaimanapun, situasi itu tidak menjejaskan operasi penerbangan, selain diisytiharkan selamat serta tidak memberi ancaman kepada orang ramai.

Ketua Operasi Bomba Daerah, Aaron Hummel berkata, runtuhan dipercayai berlaku ketika kren sedang meletakkan sesuatu pada struktur hangar.

Menurut Pengarah Lapangan Terbang Boise, Rebecca Hupp pula, meskipun struktur itu terletak di kawasan lapangan terbang, projek itu bukan projek lapangan terbang dan pembinaan dijalankan oleh pihak swasta.

Punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan.

Lapangan terbang itu menghubungkan sebanyak 25 destinasi di Amerika Syarikat, termasuk San Francisco, Atlanta dan Seattle. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN