fb fb fb fb fb

Hampir 400 migran bersesak dalam kapal layar diselamatkan

(Hampir 400 migran termasuk kanak-kanak berjaya diselamatkan daripada nyaris karam di perairan Bahamas
pada 21 Januari 2023/REUTERS)

BAHAMAS, 25 Januari- Hampir 400 migran yang bersesak-sesak dalam sebuah kapal layar di perairan Bahamas diselamatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), U.S. Coast Guard pada Sabtu.

Menurut U.S. Coast Guard, usaha menghentikan kapal yang tidak selamat dan penuh muatan itu dijalankan bersama Pasukan Pertahanan Diraja Bahamas.

Jelas pihak berkenaan, kapal itu memuatkan 375 warga Haita dan dua warga Cuba. Kesemua mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Bahamas untuk tindakan lanjut.

"Kanak-kanak turut ada dalam kapal itu," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

U.S. Coast Guard turut memberitahu, seorang lelaki nyaris maut selepas terjatuh ke dalam laut, namun mangsa berjaya ditemukan kira-kira 60 batu ke selatan Bahamas. -Reuters

(Operasi menyelamatkan ratusan migran dalam sebuah kapal layar pada 21 Januari 2023
melibatkan U.S. Coast Guard 
dan Pasukan Pertahanan Diraja Bahamas/
REUTERS)

Media Baharu