DOHA, 9 Julai- Kumpulan pejuang Palestin Hamas pada Isnin menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamun yang didakwa menghalang rundingan berhubung gencatan senjata dan pembebasan tahanan di Gaza ketika pasukan pengantara sekali mencuba bagi memeterai perjanjian berkenaan.
Rundingan dan perjanjian yang dirangka masih gagal menamatkan peperangan selama 9 bulan di Gaza.
Dalam kenyataa yang dikeluarkan Hamas, kumpulan pejuang berkenaan menyifatkan Netanyahu kembali meletakkan pelbagai halangan dalam meralisasikan rundingan.
Kumpulan itu menuduh Netanyahu meningkatkan "pencerobohan dan jenayahnya terhadap rakyat Palestin dalam apa yang dikatakan sebagai "cubaan untuk memindahkan mereka secara paksa untuk menggagalkan semua usaha untuk mencapai persetujuan".
Dalam pada itu, menerusi kenyataan berasingan yang dibuat oleh pemimpin utama Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh berkata dia telah menghubungi pasukan pengantara berhubung perkara yang berlaku di Gaza.
Haniyeh dikatakan telah memberi amaran bahawa perkara yang berlaku di Gaza kini mungkin mampu mempengaruhi proses rundingan serta meletakkan semua pihak dalam keadaan buntu.
Pada Isnin, pertempuran dahsyat berlaku di bandar Gaza dengan Israel memperluaskan perintah pemindahan di utara Gaza dan menyebabkan ribuan penduduk Palestin melarikan diri.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel mengulangi kenyataan bahawa sebarang perjanjian yang dicapai kedua-dua pihak akan menyebabkan Israel kembali ke Gaza dan menyambung peperangan sehingga semuanya selesai.
Pengantara Mesir dan Qatar akan menjadi tuan rumah mesyuarat baharu minggu ini, menurut kenyataan salah seorang pegawai.
Menjelang rundingan baharu itu, Hamas memberi isyarat akan menggugurkan desakan untuk gencatan senjata "lengkap", tuntutan yang telah ditolak Israel berulang kali.
Dalam kenyataannya pada hari Isnin, Hamas berkata ia telah menunjukkan "fleksibiliti dan sikap positif untuk memudahkan mencapai persetujuan" dan menggesa pengantara untuk menamatkan apa yang dipanggil "helah dan jenayah Netanyahu".-AFP