fb fb fb fb fb

Hamas kemuka tiga nama tahanan wanita Israel

Foto Fail/ AFP

KAHERAH, 19 Januari- Kumpulan pejuang Hamas telah mengeluarkan nama tiga wanita Israel yang akan dibebaskan pada hari ini.

Pembebasan tersebut sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang masih belum berkuat kuasa.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Hamas menerusi satu kenyataan.

"Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan, Briged Ezzedine Al-Qassam telah memutuskan untuk membebaskan tahanan Israel berikut pada hari ini," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, sambil memberikan nama-nama wanita tersebut.

Sementara itu, Israel dalam kenyataan mengesahkan telah menerima senarai tiga tebusan yang akan dibebaskan oleh kumpulan Hamas.

"Israel telah menerima senarai tebusan yang sepatutnya dibebaskan hari ini. Pihak keselamatan kini sedang menyemak butirannya", katanya.

Israel sebelum ini menyatakan bahawa gencatan senjata akan ditangguhkan sehingga ia menerima senarai tersebut.-AFP

ROSLINA BINTI DIN