GAZA, 1 Disember- Lapan lagi tebusan Israel di Gaza dibebaskan pejuang Hamas pada hari ketujuh perjanjian gencatan senjata yang dicapai semalam.
Dua daripadanya adalah tebusan wanita dikenal pasti sebagai Mia Schem, 21, memegang kewarganegaraan Perancis dan Amit Soussana, 40.
Video yang dikeluarkan oleh Hamas pada awal hari ini menunjukkan penyerahan tebusan kepada pasukan Palang Merah.
Ia memaparkan tebusan dalam keadaan baik serta mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada pejuang Hamas. -Reuters