fb fb fb fb fb

Gutteres melawat Rafah hari ini, ulangi gesaan gencatan senjata

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres/AFP

NEW YORK, 23 Mac- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan melawat bandar sempadan Mesir-Gaza, Rafah, hari ini untuk mengulangi gesaannya bagi gencatan senjata dalam konflik Israel-Hamas.

Jurucakap Farhan Haq berkata lawatan tersebut juga soladariti sempena dengan bulan Ramadan tahunan beliau ke wilayah bergolak dan konflik di Gaza.

Guterres yang kini berada di Mesir akan bertemu pekerja bantuan kemanusiaan di sempadan Rafah.

Beliau juga dijadual melawat hospital El-Arish, sebuah bandar di Mesir, berhampiran sempadan Gaza.

Guterres kemudiannya akan pergi ke Amman, Jordan untuk melawat kemudahan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

UNRWA dilanda kontroversi baru-baru ini berhubung dakwaan Israel 12 daripada 30,000 pekerjanya terlibat dalam serangan Hamas pada Oktober tahun lalu. Susulan itu, PBB telah memecat pekerja yang dituduh dan melancarkan penyiasatan dalaman dan bebas terhadap UNWRA.

Minggu ini, Israel mengancam untuk melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin di Rafah.

Kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin bersesak-sesak di Rafah, bandar paling selatan Gaza, selepas hampir enam bulan pengeboman Israel.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan kendalian Hamas di Gaza, sekurang-kurangnya 31,988 orang terkorban di Gaza sejak permulaan serangan Israel pada Oktober.-AFP

ROSLINA BINTI DIN