SANTIAGO, 16 Mei - Para guru di Chile melancarkan mogok nasional 24 jam pada Khamis sebagai tanda protes terhadap kegagalan kerajaan memenuhi janji kempen untuk memperbaiki sistem pendidikan awam dan lanskap pekerjaan mereka.
Ratusan guru berkumpul dan berarak melalui ibu kota Santiago dan berhimpun di hadapan Istana La Moneda bagi menzahirkan kebimbangan krisis kritikal melibatkan sekolah-sekolah awam negara itu.
Minggu lalu, kesatuan guru Chile telah menghantar sepucuk surat kepada Presiden Chile, Presiden Gabriel Boric, meminta campur tangan langsung beliau dalam menyelesaikan masalah yang semakin meruncing.
Antara tuntutan utama mereka termasuk gesaan agar kerajaan mengambil langkah segera menangani isu keganasan dalam bilik darjah serta melahirkan lebih ramai pendidik bagi mengurangkan beban tugas sedia ada. - Reuters