fb fb fb fb fb

APEC turunkan unjuran pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2025

Foto Hiasan / Reuters

PERU, 15 Mei - Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2025 berikutan ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar yang berterusan, menurut laporan yang dikeluarkan organisasi itu pada Khamis.

Dalam laporan berkenaan, APEC meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi serantau akan merosot daripada unjuran asal 3.3 peratus kepada 2.6 peratus.

Selain itu, laporan turut menyatakan pertumbuhan eksport di rantau Asia-Pasifik dijangka meningkat hanya sebanyak 0.4 peratus pada tahun ini jauh lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus yang dicatatkan pada tahun lalu.

Menurut APEC, ketidaktentuan dasar perdagangan serta ketegangan geopolitik antara negara anggota telah menjejaskan prospek ekonomi serantau, sekali gus menimbulkan cabaran besar terhadap pemulihan ekonomi yang mampan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN