FLORES TIMUR, 19 Mei - Gunung berapi Lewotobi di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus sebanyak lapan kali sepanjang minggu lalu dengan menghamburkan debu sehingga mencecah 6,000 meter ke udara.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia mengeluarkan amaran penerbangan tahap merah.
Pesawat dilarang untuk terbang di bawah paras 6,000 meter berhampiran Gunung Lewotobi.
Ia susulan debu yang menjulang ke udara merebak ke arah utara, timur laut, barat dan barat laut dari kawah gunung berapi itu.
Pihak berkuasa turut mengisytiharkan zon bahaya kepada penduduk dalam radius enam kilometer, selain amaran risiko aliran lahar.
Bagaimanapun tidak ada sebarang pemindahan penduduk atau pembatalan penerbangan dikelurakan akibat letusan setakat ini.– AFP