fb fb fb fb fb

Gunung berapi Kilauea meletus lagi

Gunung berapi Kilauea / Foto REUTERS

HAWAII, 12 Jun-Salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, Gunung Berapi Kilauea di Pulau Besar Hawaii, mula memuntahkan lava pada Rabu,

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), letusan terbaharu bermula pada jam 11:57 pagi waktu tempatan.

Agensi itu turut memaklumkan bahawa pancutan lava daripada gunung berapi tersebut mencapai ketinggian sekitar 100 meter (330 kaki).

USGS menjelaskan bahawa kebanyakan letusan hanya berlangsung sekitar sehari atau kurang daripada itu.

Untuk rekod letusan gunung berkenaan telah meletus sebanyak tujuh kali bermula sejak tahun 1790, 1832, 1868, dan 1877, 1959 dan 1960.

Kali terakhir, Kilauea meletus adalah pada 2018.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD