fb fb fb fb fb

Gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus, pancutan lahar dan gempa kecil dikesan

FOTO REUTERS

HONOLULU, 7 Ogos - Gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus awal pagi Rabu, memuntahkan pancutan lahar, aliran sungai lava serta kolam lava yang terbentuk di dalam kawah puncak gunung tersebut.

Rakaman video daripada Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan letusan itu berterusan selama beberapa jam sehingga ke siang hari.

USGS memaklumkan, Kilauea yang merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, telah mengalami aktiviti berselang-seli sejak akhir 2024.

Dalam perkembangan terkini, USGS melaporkan pembukaan rekahan baharu, peningkatan pancutan lahar dan gugusan gempa bumi kecil di kawasan berkenaan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE