fb fb fb fb fb

Kebakaran terburuk dalam 80 tahun: 15,000 hektar hutan musnah di selatan Perancis

FOTO REUTERS

PARIS, 7 Ogos – Anggota bomba Perancis bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan terbesar negara itu dalam tempoh hampir 80 tahun, yang telah memusnahkan kawasan lebih luas daripada Paris di wilayah Aude, selatan Perancis.

Rakaman dron di Durban-Corbières memaparkan kawasan luas yang hangus terbakar, manakala pihak berkuasa mengesahkan seorang maut di kampung Saint-Laurent-de-la-Cabrerisse.

Kebakaran yang merebak pantas melalui kawasan hutan dan perkampungan itu memusnahkan sekurang-kurangnya 25 rumah, menyebabkan penduduk serta pelancong terpaksa berpindah, selain banyak jalan raya ditutup.

Setakat ini, lebih 15,000 hektar hangus, angka yang hampir menyamai keluasan kawasan terbakar di seluruh Perancis pada beberapa tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau. Beliau mengesahkan ia adalah kebakaran tunggal terbesar sejak 1949.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE