fb fb fb fb fb

Gunung Berapi Popocatepetl keluarkan asap tebal, lahar

(Foto AFP)

MEXICO CITY, 22 Mei- Pihak berkuasa Mexico mengeluarkan amaran merah terhadap Gunung Berapi Popocatepetl selepas ia mengeluarkan asap tebal dan lahar ke udara.

Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan Mexico berkata gunung berapi itu mendatangkan risiko kepada sektor penerbangan dan penduduk setempat.

"Ia terletak di tengah Mexico dan dianggap salah satu gunung yang bahaya di dunia.

"Dua lapangan terbang Mexico City menghentikan sementara operasi akibat gunung berapi itu.

"Popocatepetl terletak di sempadan negeri-negeri tengah Morelos, Mexico dan Puebla," katanya menerusi kenyataan.

Popocatepetl mempunyai ketinggian 5,426 meter (17,802 kaki) dan merupakan gunung kedua tertinggi di Mexico dan kelima tertinggi di Amerika Utara.

Gunung berapi itu yang tidak mengalami letusan besar-besaran lebih 1,000 tahun, menjadi aktif semula bermula pada tahun 1994 sehingga kini - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu