fb fb fb fb fb

Barat Kanada diselubungi asap tebal

OTTAWA, 22 Mei- Amaran kesihatan dikeluarkan berikutan asap kebakaran menyelubungi barat Kanada serta beberapa bandar yang dilanda teruk pada Ahad.

Kebakaran hutan di wilayah Alberta telah menyebabkan berpuluh ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan lebih 941,000 hektar hangus dalam beberapa minggu.

Menurut Christie Tucker dari agensi Alberta Wildfire, "ramai penduduk Albertan tidak dapat melarikan daripada diselubungi asap. Ia agak tebal di banyak bahagian wilayah itu," katanya.

"Suhu lebih sejuk daripada yang sepatutnya berikutan asap tebal menghalang cahaya matahari."

Kurang haba, Tucker menjelaskan, "bermakna bahawa kita telah melihat kurang pertumbuhan kebakaran." Hanya lima kebakaran baru dilaporkan sejak Jumaat.

Tambahnya, anggota bomba tidak dapat menerbangkan pesawat dengan kerap bagi mendapatkan gambaran yang tepat tentang saiz dan bilangan kebakaran yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Environment Canada mengeluarkan amaran tentang kualiti udara yang buruk yang menimbulkan "risiko yang sangat tinggi" kepada kesihatan di bandar Edmonton dan Calgary, di mana langit mempunyai warna oren dan bau asap berlarutan di udara.

Penduduk digesa untuk menngurangkan aktiviti luar.

Amaran kualiti udara turut dikeluarkan di beberapa negeri AS ketika kepulan asap tebal dari Alberta.- REUTERS

(Kebakaran hutan Stoddart Creek berhampiran Fort St. John, Kanada/REUTERS)

Media Baharu