fb fb fb fb fb

Gempa bumi landa utara pantai California

CALIFORNIA, 22 Mei- Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda pantai utara California pada Ahad, menurut Kajian Geologi A.S. (USGS).

Bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang dilaporkan.

USGS berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 10km dan berlaku 108 km barat Petrolia, sebuah komuniti kira-kira 1,000 orang di luar bandar Humboldt County.

Sebilangan kecil bandar lain di wilayah utara California juga melaporkan rasa gegaran kecil, menurut USGS.

Gempa bumi merupakan perkara biasa di California.

Gegaran maut terakhir di negara itu ialah gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda California Utara hanya 5 kilometer di luar pesisir pada Disember, mencederakan sekurang-kurangnya lebih 10 penduduk dan membunuh dua penduduk.- REUTERS

(Pantai di utara Humboldt County, California/REUTERS)

Media Baharu