fb fb fb fb fb

Genting Khunjerab lokasi ATM tertinggi di dunia

KHUNJERAB, 12 Oktober- Genting Khunjerab di Pakistan diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai puncak tertinggi di dunia yang menempatkan mesin teler automatik (ATM).

Menurut laman sesawang Oddity Central.com, ATM itu berada pada kedudukan 4,693 meter dari aras laut.

Mesin berkenaan disediakan oleh Bank Negara Pakistan bagi kemudahan penduduk kawasan terbabit.

(Sebuah mesin ATM ditempatkan di Genting Khunjerab untuk kemudahan
penduduk setempat / Foto Oddity Central.com)

Tenaga solar dan angin digunakan untuk menjana kuasa bagi menghidupkan mesin ATM berkenaan.

Media Baharu