fb fb fb fb fb

Gencatan Senjata Rusia-Ukraine: Trump akan hubungi Putin hari ini

Semua pihak menunggu hasil panggilan telefon antara Trump dan Putin

WASHINGTON, 19 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijangka mengadakan panggilan telefon penting dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, hari ini.

Trump sebelum ini berjanji untuk menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh sehari selepas dilantik jadi Presiden, namun masih belum ada kata sepakat dicapai.

Minggu lalu, rundingan antara Rusia dan Ukraine di Istanbul buat kali pertama dalam hampir tiga tahun berakhir tanpa sebarang persetujuan gencatan senjata.

Ukraine pula mendakwa Rusia menghantar wakil berprofil rendah yang tidak boleh membuat keputusan.

Trump berkata, beliau akan bercakap dengan Putin bagi menghentikan keganasan yang meragut banyak nyawa dan memusnahkan kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk berbincang dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, dan pemimpin NATO bagi mencari jalan damai.

Putin pula dalam satu wawancara berkata, Rusia mahu "menghapuskan punca sebenar krisis" dan menjamin keselamatan negaranya, tanpa memberikan butiran lanjut.

Setakat ini, semua pihak menunggu hasil panggilan telefon antara Trump dan Putin, yang mungkin menjadi langkah awal ke arah menghentikan peperangan yang telah berlarutan sejak 2022. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN