MOSCOW, 13 September - Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda berhampiran pantai timur Kamchatka, Rusia pada Sabtu, mencetuskan amaran kemungkinan tsunami sebelum disahkan tiada ancaman.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, gempa itu direkodkan pada kedalaman 39.5 kilometer.
Bagaimanapun, pusat berkenaan kemudian mengemas kini bahawa tiada ancaman tsunami dikesan.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) pula mencatat bacaan sedikit berbeza, iaitu 7.1 magnitud pada kedalaman 10 kilometer.
Di Jepun, Agensi Meteorologi turut mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor penyiar NHK.-REUTERS