fb fb fb fb fb

Gempa Turkiye: Dua lagi mangsa ditemukan pasukan penyelamat Malaysia

(FOTO FB NADMA)

NURDAGI, 14 Februari - Dua lagi mangsa berjaya ditemukan dan dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

Pasukan SAR MAS-01 dengan kerjasama penyelamat tempatan menggunakan peralatan memecah dan memotong serta bantuan ekskavator.

(FOTO FB NADMA)

Penemuan itu yang dikongsikan dalam laman facebook Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memaklumkan, kesemua mangsa telah meninggal dunia.

Sebelum itu, Pasukan Penyelamat Kedua Malaysia (MAS-10 ) berjaya menemui dan mengeluarkan tiga mangsa di bawah runtuhan bangunan juga di Nurdagi.

Ketua Pasukan MAS-10, Penguasa Kanan Bomba II, Abdul Manaf Che Isa memaklumkan, setakat ini pasukan penyelamat negara berjaya membawa keluar 25 mayat dan lima mangsa gempa yang masih hidup .

Sehingga kini, angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria dilaporkan melebihi 33,000 orang.

Media Baharu