INDONESIA, 25 Februari - Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter yang melanda Wilayah Sumatera Barat awal pagi hari ini.
Gegaran turut dapat dirasai di negara jiran Malaysia dan Singapura.
Walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan, gempa bumi itu menyebabkan penduduk melarikan diri dari bangunan di beberapa kawasan termasuk di bandar Padang di wilayah Sumatera Barat.
Menurut Palang Merah, sebuah sekolah, sebuah hospital dan rumah di Pasaman Barat, kira-kira 17 kilometer dari pusat gempa turut rosak teruk.
Indonesia sering mengalami gempa bumi, kerana negara itu berada dalam lingkaran Api Pasifik, zon yang sangat aktif secara seismik, dimana plat berbeza dikerak bumi bertemu.
Plat di sepanjang pulau Sumatera boleh menjadi sangat berbahaya dimana pada tahun 2009, gempa bumi memusnahkan Wilayah Padang dan mengorbankan lebih 1,000 orang.