fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 7.7 landa Pulau Loyalty

(FOTO HIASAN)

NEW CALEDONIA, 19 Mei- Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa buli berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Pulau Loyalty di New Caledonia.

Pusat amaran tsunami Pasifik berkata wujud kemungkinan berlaku tsunami dalam lingkungan 1,000 kilometer (km) dari pusat gempa.

Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata pusat gempa dikesan pada kedalaman 37km.

Amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan New Caledonia, Fiji, dan Vanuatu, berdasarkan sistem amaran tsunami Amerika Syarikat (AS).

Penduduk pesisir pantai di kawasan berkenaan diminta berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah. - REUTERS


(FOTO FAIL/ REUTERS)

Media Baharu