fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 5.3 gegarkan wilayah Kanagawa, Jepun

Foto hiasan

TOKYO, 9 Ogos- Gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Gempa pada pukul 7.57 malam itu diukur pada bacaan 5 daripada 7 dalam skala intensiti seismik Jepun, di bahagian barat Wilayah Kanagawa, menurut agensi berkenaan.

Pusat gempa berkenaan berada pada kedalaman 10 kilometer di bawah tanah.- BERNAMA-Kyodo

 

ROSLINA BINTI DIN