fb fb fb fb fb

Gempa bumi Maghribi, lebih 2,000 orang terkorban

(Foto AFP)

MARRAKESH, 10 September- Lebih 2,000 orang terkorban dalam gempa bumi di Maghribi setakat Sabtu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, masih terdapat mangsa terperangkap di sebuah perkampungan di kawasan pergunungan negara itu.

"Maghribi akan berkabung selama tiga hari susulan insiden berkenaan.

"Pasukan Palang Merah berkata kerajaan Maghribi berkemungkinan mengambil masa bertahun-tahun untuk membaiki kerosakan akibat gempa tersebut," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, menerusi laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Jumaat lalu telah menggegarkan kawasan pergunungan di Maghribi, 72 kilometer (45 batu) dari barat daya Marrakesh.

Gegaran kuat itu turut dirasai di bandar Rabat, Casablanca dan Essaouira.

Kejadian tersebut menyebabkan penduduk serta pelancong ketakutan dan mereka mencari tempat selamat untuk berlindung. - AFP


(Foto AFP)

Berita Berkaitan:
Xi Jinping ucap takziah kepada Maghribi selepas gempa bumi
Rakyat Maghribi derma darah untuk mangsa gempa bumi
Gempa bumi kuat di Maghribi mengorbankan lebih 600 orang


Media Baharu