fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Samoa

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Satu gempa bumi kuat 6.4 pada skala Richter telah melanda rantau Kepulauan Samoa pada pukul 7.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 14.7° Selatan dan 175.8° Barat dengan kedalaman 302 kilometer (km), kira-kira 714km timur laut Laucala, Fiji.

Menurut penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI