fb fb fb fb fb

Gempa bumi cetus tsunami kecil di Jepun

FOTO USGS

TOKYO, 13 Januari- Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda barat daya Jepun lewat malam Isnin mencetuskan dua tsunami kecil di kawasan tersebut tanpa laporan kerosakan setakat ini.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 36 kilometer, kira-kira 18 kilometer dari pantai Miyazaki di wilayah Kyushu pada pukul 9.19 malam waktu tempatan.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tsunami dengan kemungkinan ombak setinggi satu meter dan menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai.

"Tsunami boleh melanda berulang kali. Sila jangan memasuki laut atau menghampiri kawasan pesisir pantai," menurut kenyataan JMA di platform X.

Dua tsunami kecil setinggi kira-kira 20 sentimeter telah dikesan di dua pelabuhan, tambah agensi itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dengan siaran langsung di televisyen awam NHK menunjukkan keadaan laut yang tenang, kapal beroperasi seperti biasa dan lalu lintas berjalan lancar tanpa sebarang kerosakan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA